Showing posts with label Cantik. Show all posts
Showing posts with label Cantik. Show all posts

Monday, March 2, 2015

Kaedah Mengatasi Masalah Kulit Jeragat

Jeragat adalah masalah kulit yang sering juga menghantui ramai orang selain dari masalah kulit berjerawat. Jeragat atau dalam istilah inggeris ‘freckles’ adalah masalah kulit yang menyebabkan beberapa tompokan atau ‘spot’ bulat yang bersifat rata (tidak berbonjol seperti jerawat). Biasanya berwarna perang dan muncul dengan pelbagai saiz pada permukaan kulit. Menurut Persatuan Dermatologi Amerika Syarikat (AAD), ‘freckles’ atau jeragat adalah salah-satu tanda kerosakan pada kulit.