
Lahirkan Anak Pintar
Setiap ibu dan ayah pasti inginkan anak
mereka mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak,
kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan yang
cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa
depan anak anda, namun itu sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang
baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.
Berdasarkan
penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting
yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang
sedang membesar.
Multivitamin
Multivitamin
memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan
tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B Complex
yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang
baik.
Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menguatkan
sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang
dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan
demam selesema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga
perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan
mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan
kanak-kanak yang sedang membesar.
Omega-3
Sebahagian besar daripada otak terbina
daripada lemak "baik" yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3.
Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega-3 boleh meningkatkan
keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah,
meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak.
Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap
yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka
tua kelak.
Lecithin
Lecithin soya merupakan sumber utama
kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang
terlibat dalam proses penghantaran mesaj ke otak dalam sistem saraf.
Akedemi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber
penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki
terutamanya untuk kesihatan otak.
Protein
Protein baik membantu untuk menyuburkan
otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk
neurotransmiter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di
dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim,
otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.
Shaklee Brilliant Kid Set
Shaklee memberikan rangkaian nutrisi
terbaik yang diperlukan anak anda untuk sokongan tumbesaran yang sihat
di samping mengekalkan kesihatan seiring tumbesaran mereka.
Set ini terdiri daripada:
- Chewable Vita-C Plus 100mg - Ia merupakan antioksida yang menyokong kesihatan sistem imun dan pertahanan tubuh secara semula jadi. Shaklee Chewable Vita-C Plus didatangkan dengan rasa citrus/limau dan vitamin C-nya mudah diserap dengan hanya mengunyah dan menghisapnya. Kajian menunjukkan bahawa vitamin C lebih mudah diserap sekiranya ia dikunyah sehingga lumat di dalam mulut berbanding terus ditelan bulat-bulat.
- OmegaGuard - Ia memberikan spektrum penuh yang berkesan dan merupakan asid lemak omega-3 bergred farmaseutikal
- Lecithin - Kaya dengan lecithin yang mengandungi kolina bagi menyokong kesihatan tubuh.
- Meal Shakes - Sumber protein yang hebat dengan menawarkan 19 vitamin dan mineral sebagai nutrien asas yang membantu dalam tumbesaran kanak-kanak dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.
Cara Makan:
- Chewable Vita-C Plus 100mg - Sehari 1-2 tabs
- OmegaGuard - Sehari 1 capsule, boleh picit dalam susu
- Lecithin - Sehari 2 capsules, boleh picit dalam susu
- Meal Shakes - Bancur air biasa atau air suam sebagai minuman sarapan
No comments:
Post a Comment