Masalah hipertensi semasa mengandung tidak harus dianggap remeh kerana penyakit ini sebenarnya berbahaya kerana boleh menyebabkan kematian ibu, janin atau pun kedua-duanya. Menurut statistik sejumlah 3 hingga 10 peratus wanita akan menghadapi risiko ini ketika hamil. Di Malaysia, kes sebegini dilaporkan semakin meningkat saban tahun.